Perbezaan antara semakan "Sejarah muzik rock di Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
==Sejarah Ringkas Rock Malaysia==
 
Sejarah kumpulan Rock (''Rock Band'') di [[Malaysia]] bermula secara meluas pada akhir tahun [[1980-an]]. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti ''Juara Rock'', ''Festival Rock'' dan ''Battle Of The Bands 1 & 2''.
 
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan ''Juara Rock 1983''. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh [[kumpulan D'Febians|D'Febians]] dan [[kumpulan The Lefthanded|The Lefthanded]]. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan ''Juara Rock 1984''. Dalam pertandingan ''Juara Rock 1984'', [[kumpulan The Burnmarks|The Burnmarks]] menggondol tempat pertama, [[kumpulan Hurricane|Hurricane]] dari [[Johor Bahru]] menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh [[kumpulan Gersang]].
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti ''Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok'' (yang di anjur oleh papa Ali (''Ali Bakar ')), ''Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica'', dan ''Pesta Hiburan Kingsway''.
 
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak menmbenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti [[RTM 1|Radio & TV RTM]], kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai ''digam RTM'' oleh masyarakat umum. Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti [[TV3]] menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat.
245,304

suntingan