Sejarah muzik rock di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti ''Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok'' (yang di anjur oleh papa Ali (''Ali Bakar ')), ''Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica'', dan ''Pesta Hiburan Kingsway''.
 
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak menmbenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti [[RTM 1|Radio & TV RTM]], kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai ''digam RTM'' oleh masyarakat umum. Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti [[TV3TV 3]] menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat.