Musang Berjanggut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
 
==Ringkasan==
Filem ini bermula, Sultan Alam Shah Bana ([[Ahmad Nisfu]]) memerintah negeri Pura Chendana. Baginda dibantu oleh Datok Bendahara ([[Udo Omar]]), Datok Bentara Mangku Bumi ([[Malek Sutan Muda|Malik Sutan Muda]]), Datok Pujangga ([[Nyong Ismail]]) dan Datok Nikah Kahwin ([[Mustarjo]]).
 
Baginda sultan tidak mempunyai waris dan telah bertitah kepada sekelian hamba rakyat untuk mengambil seorang anak angkat. Setelah dicanang, maka ramailah ibu bapa membawa anak mereka ke istana. Negara Pura Chendana mempunyai seramai 700 orang bayi, 100 orang lelaki dan 300 orang perempuan. Selebihnya telah meninggal dunia di dalam kandungan. Pada hari pertandingan, hanya 10 orang bayi lelaki sahaja bertanding. Baginda sultan telah tertarik dengan seorang bayi lelaki yang bernama Nila. Ibunya bernama Biji Saga dan bapanya bernama Kelopak Salak. Mereka berdua telah dikurniakan sebuah rumah di luar perkarangan istana agar Nila boleh berulang alik dengan mudahnya. Di hari itu juga, Baginda sultan mengisytiharkan Nila utama sebagai Raja Muda Pura Chendana. Tun Nila Utama nama yang telah dipilih oleh baginda sultan.