{{Eksekutif}}'''[[Eksekutif]]''' <ref>[[Muhammad Alif Adha Bin Samad|Muhammad]],[[Perlembagaan Malaysia]]</ref>juga disebut '''[[Persekutuan|Pemerintah]]''' atau '''Kerajaan''' di dalam sistem [[Parlimen]] dan juga disebut '''Pentadbiran''' di dalam sistem Kongres contohnya di [[Amerika Syarikat]]. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan [[undang-undang]] yang diluluskan oleh pihak [[legislatif]]. Ketua eksekutif di dalam sebuah negara [[Republik]] dipanggil [[Presiden]], manakala negara lain dipanggil [[Perdana Menteri]]. Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti pelbagai [[kementerian]], [[jabatan]], [[kerajaan tempatan]] dan juga agensi kerajaan seperti organisasi [[polis]], [[tentera]] dan [[kastam]].