Parlimen: Perbezaan antara semakan

10 bait dibuang ,  2 bulan lalu
Membatalkan semakan 5550402 oleh 2001:D08:138B:12E0:4511:3627:1080:34EA (Perbincangan)
(Membatalkan semakan 5550403 oleh 2001:D08:138B:12E0:4511:3627:1080:34EA (Perbincangan))
Teg: Buat asal
(Membatalkan semakan 5550402 oleh 2001:D08:138B:12E0:4511:3627:1080:34EA (Perbincangan))
Teg: Buat asal
 
== Ciri-ciri ==
[[Demokrasi]]
 
Perjumpaan Parlimen biasanya diketuai oleh seorang "Speaker" atau Yang di-Pertuan. Di sesetengah negara, antaranya [[United Kingdom]], prinsip [[ketuanan Parlimen]] ("Parliamentary supremacy") dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh menyatakan bahawa sesuatu [[undang-undang]] yang dibuat oleh parlimen adalah "''[[ultra vires]]''" — iaitu melebihi had kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga ada [[kekebalan parlimen]] untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat dalam dewan parlimen.
 
Biasanya, perundangan dicadang di dewan bawah parlimen, yang mempunyai lebih ramai ahli — di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal-hal kewangan. Selepas sesuatu undang telah dilulus oleh parlimen, ia perlu ditandatangani oleh Raja atau ketua negara.