Geografi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Membatalkan semakan 5553742 oleh 203.116.120.39 (Perbincangan) Perosak di bawah bernama Muhammad Alif Adha Bin Samad Bin Osman
Teg: Buat asal
Baris 1:
[[Fail:Whole world - land and oceans 12000.jpg|thumb|333px|right|Geografi kajian dunia]]
'''Geografi''' ({{Jawi|ڬيوڬرافي}}) ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan [[bahasa Yunani]], iaitu [[kata nama]] "geo" yang bermaksud [[bumi]]<ref>[[Onn Jaafar]]</ref> dan [[kata kerja]] "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang [[Yunani]] telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam [[peta]]. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.
 
''Geografi'' juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya ''Geographia'' oleh [[Ptolemy|Klaudios Ptolemaios]] pada [[abad]] ke-2.
 
Geografi lebih daripada pengkajian [[peta]]. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di [[bumi]], kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh [[manusia]] atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.