Bahasa terancam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Loveless (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Bahasa terancam''' adalah [[bahasa]] yang dalam risiko untuk tidak digunakan lagi, umumnya kerana ianya mempunyai sedikit penutur yang masih hidup. Jika ianya hilang semua penutur aslinya, ianya menjadi ''[[bahasa pupus]]''.
 
==Mengenal pasti bahasa terancam==
Sedangkan tidak adanya ambang yang tertentu untuk mengenal pasti sesebuah bahasa sebagai terancam, tiga kriteria yang utama biasanya digunakan sebagai garis panduan:
# Bilangan penutur yang masih hidup
# Umur min penutur asli dan/atau penutur yang fasih
# Peratusan generasi termuda yang fasih dalam bahasa tersebut.
 
Sesetengah bahasa, seperti di [[Indonesia]], mungkin mempunyai berpuluh-puluh ribu penutur tetapi dianggap sebagai terancam kerana kanak-kanak tidak lagi mempelajari bahasa tersebut, dengan penuturnya kini dalam proses peralihan kepada penggunaan [[bahasa kebangsaan]] [[Bahasa Indonesia|Indonesia]] (atau kelainan [[bahasa Melayu]] tempatan) sebagai ganti untuk bahasa-bahasa tempatan.
 
Sebagai perbandingan, sebuah bahasa yang hanya memiliki 100 orang penutur mungkin dianggap sebagai masih cergas jika ia merupakan bahasa utama untuk sesebuah komuniti, dan merupakan bahasa pertama (dan tunggal) kepada semua kanak-kanak dalam komuniti itu (kebanyakan [[bahasa Andaman]] masih dituturkan). Sumber unggul untuk maklumat tersebut boleh didapati di laman sesawang [http://www.endangered-languages.com www.endangered-language.com].
 
[[Kategori:Bahasa terancam| ]]