Solat fardu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{msg:Islam}}
 
[[Solat]] merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada '''solat fardu''' dan [[solat sunat]]. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu adalah :-
# [[solat subuh|solat Subuh]] - 2 rakaat<br>
Baris 8 ⟶ 10:
Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah [[ibadat]] yang paling asas dalam [[Islam]]. Penganut agama [[Islam]] percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti [[puasa]], [[sedekah]], [[zakat]], [[haji]] dan lain-lain .
 
[[Solat fardu]] wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang [[sakit]] teruk sekali pun jika hanya [[mata]] yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat [[solat qada|qada]].
 
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan [[solat qasar|menqasar]] dan [[solat jamak|menjamakkannya]].
 
Solat yang terbaik ialah solat di [[masjid]] ataupun [[surau]] (bagi lelaki) secara [[solat berjemaah|berjemaah]] dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil [[wuduk]] secara sempurna. Orang [[Islam]] percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.