Perbezaan antara semakan "Hussein Haniff"

338 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(kearah memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu)
 
'''HussienHussein Haniff''' merupakan seorang pengarah filem [[Melayu]].
 
Hussein Haniff dikatakan dilahirkan di [[Pakistan]] tetapi dibesarkan di [[Singapura]]. Bapanya, Muhammad Haniff atau dikenali juga dengan jolokan Chitra, pernah bekerja sebagai pelukis dan pengarah seni di Studio MFP.
Pembabitan beliau dalam bidang perfileman bermula dari belakang tabir, iaitu sebagai pelukis tirai dan peralatan atau hiasan di beberapa pentas bangsawan, dan seterusnya sehingga kepada mengarah filem bagi syarikat Cathay Keris. Pada awalnya, beliau terbabit dalam penyuntingan filem. Selepas itu, pada 1961, beliau mula mengarah filem dengan filem pertamanya, Hang Jebat.
 
Para pengkritik filem menyifatkan Hussein Haniff sebagai memberikan sentuhan anak watan Melayu kepada filem Melayu. Filem sebelumnya yang diarah oleh pengarah [[India]] sering menonjolkan jalan cerita bersifat filem India.
 
Pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang pernah berlakon dalam filem arahan Hussein menyifatkan pengarah itu sebagai seorang amat cerewet dan terlalu mementingkan kesempurnaan.
 
===Filem arahan Hussein Haniff===
* [[Filem Hang Jebat|Hang Jebat]] (1961)
* [[Filem Dang Anum|Dang Anum]] (1962)
* [[Filem Korban Kasih|Korban Kasih]] (1962)
* [[Filem Mata Shaitan|Mata Shaitan]] (1962)
* [[Filem Mabuk Kepayang|Mabuk Kepayang]] (1962)
* [[Filem Masuk Angin Keluar Asap|Masuk Angin Keluar Asap]] (1963)
* [[Filem Gila Talak|Gila Talak]] (1963)
* [[Filem Istana Berdarah|Istana Berdarah]] (1964)
* [[Filem Dua Pendekar|Dua Pendekar]] (1964)
* [[Filem Hutang Darah Dibayar Darah|Hutang Darah Dibayar Darah]] (1964)
* [[Filem Kalong Kenangan|Kalong Kenangan]] (1964)
* [[Filem Jiran Sekampung|Jiran Sekampung]] (1965)
* [[Filem Udang Sebalik Batu|Udang Sebalik Batu]] (1966).
 
Hussein Haniff meninggal dunia pada usia 32 tahun akibat penyakit barah selang setahun, dengan pelakon berkarisma, [[Nordin Ahmad]].
245,304

suntingan