Kesusasteraan: Perbezaan antara semakan

19 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
'''Kesusasteraan''' ({{Jawi|كسوسسترأن}}, bentuk ringkas: '''sastera''' {{Script|Arab|سسترا}}) atau '''persuratan''' ({{Jawi|ڤرسورتن}}) merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui [[bahasa]]. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia [[penulisan|tertulis]] atau tidak. Ia lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
 
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada [[budaya]] [[manusia]]. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetikestetika manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Ia juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata-katanya.
 
== Etimologi ==