Pariti kuasa beli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Membatalkan semakan 5576212 oleh 121.123.219.172 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Baris 1:
[[Fail:PPP2003-World-Borders.png|thumb|350px|right|Pariti kuasa beli KDNK negara-negara di dunia (2003). AS ialah negara asas, maka nilai indeksnya ialah 100. Nilai index tertinggi ialah 154 di [[Bermuda]], oleh itu sesuatu barang adalah 54% lebih mahal di Bermuda berbanding barang yang serupa di AS.]]
Teori '''pariti kuasa beli''' ({{lang-en|purchasing power parity}}) menggunakan [[kadar pertukaran]] keseimbangan dua mata wang jangka masa panjang untuk menyamakan [[kuasa beli]]nya. Teori yang dibangunkan oleh [[Gustav Cassel]] pada tahun [[1920]] ini berasaskan [[hukum satu harga]], iaitu teori bahawa dalam pasaran cekap yang ideal, barang-barang yang serupa wajar ada satu harga sahaja.
 
[[Kadar pertukaran]] pariti kuasa beli menyamakan kuasa beli [[mata wang]] berlainan di negara asal masing-masing untuk "sebakul barang" yang diberi, digunakan selalunya untuk membandingkan [[taraf hidup]] antara negara, bukannya perbandingan [[keluaran dalam negara kasar]] per kapita pada kadar pertukaran pasaran. Kadar pertukaran pariti kuasa beli yang paling dikenali dan paling banyak digunakan ialah [[dolar Geary-Khamis]], atau juga bergelar [[dolar antarabangsa]].
 
Naik turun kadar pertukaran pariti kuasa beli ("[[Kadar pertukaran#Kadar pertukaran nominal dan sebenar|Kadar Pertukaran Sebenar]]") merupakan kesan perubahan kadar pertukaran. Selain ketaktentuan ini, juga diperhatikan adanya penyimpangan kadar pertukaran pasaran dan pariti kuasa beli yang konsisten, contohnya harga (kadar pertukaran pasaran) barang-barang dan perkhidmatan bukan dagangan [[Kesan Penn|biasanya lebih rendah]] di mana pendapatan lebih rendah. (Satu [[dolar Amerika Syarikat]] yang ditukar dan dibelanjakan di [[India]] akan membeli lebih perkhidmatan gunting rambut berbanding satu dolar yang dibelanjakan di [[Amerika Syarikat]]). Pariti kuasa beli mengambil kira dan menyesuaikan diri untuk kos sara hidup lebih rendah seolah-olah semua pendapatan dibelanja dalam negeri. Dalam erti kata lain, pariti kuasa beli ialah jumlah bakul barang keperluan yang boleh dibeli di dalam negara berkenaan dengan wang yang dihasilkannya.
 
Adanya perbezaan ketara antara pariti kuasa beli dan kadar pertukaran pasaran. [http://www.ft.com/cms/s/0/36a2d566-ad82-11dc-9386-0000779fd2ac.html] Contohnya, ''Penunjuk Pembangunan Dunia 2005'' [[Bank Dunia]] menganggarkan bahawa pada tahun 2003, satu [[dolar Amerika Syarikat]] bersamaan kira-kira 1.8 [[Renminbi|yuan China]] mengikut pariti kuasa beli [http://devdata.worldbank.org/wdi2005/Table5_7.htm] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20070223140429/http://devdata.worldbank.org/wdi2005/Table5_7.htm |date=2007-02-23 }} — jauh berbeza dari kadar pertukaran nominal yang menetapkan satu dolar kepada 7.6 yuan. Percanggahan ini besar implikasinya; contoh, [[Senarai negara mengikut KDNK (nominal) per kapita|KDNK per kapita]] di [[Republik Rakyat China]] bernilai kira-kira [[Dolar Amerika Syarikat|AS$]]1,800 sementara mengikut pariti kuasa beli pula nilainya kira-kira AS$7,204. Ini sering digunakan untuk menegaskan bahawa China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia, namun perhitungan sebegini hanya sah di bawah teori pariti kuasa beli. Sebaliknya, KDNK nominal per kapita [[Jepun]] bernilai kira-kira AS$37,600, tetapi perangkaan pariti kuasa belinya cuma AS$30,615.
 
== Penerangan ==