Hukuman mati: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
PiecemeaIcranky (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Suntingan visual
Baris 2:
'''Hukuman mati''' ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak [[mahkamah]] membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan [[jenayah]]nya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.
 
[https://www.franswinarta.com/news/akankah-hukuman-mati-dihapuskan/ Hukuman mati akan di hapuskan] mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat [[manusia]], dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan dalam masyarakat. Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati ialah satu cara untuk mengawal disiplin [[tentera]]. Contohnya, askar yang enggan bertempur atau lari daripada tugasan boleh dihukum mati. Tindakan ini adalah supaya tiada askar yang enggan bertempur kerana takut. Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di negara yang [[Autokrasi|autokratik]], mereka yang mempunyai kelainan pendapat dengan kerajaan barangkali akan dihukum mati. Contohnya di negara [[Komunisme|komunis]], seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".
 
Cara melaksanakan hukuman mati sebenarnya mengalami banyak perubahan. Pada masa sekarang hukuman mati biasanya dilaksanakan dengan kesakitan yang minimum. Cara yang melibatkan [[perdarahan]] dan mengambil masa yang lama biasanya tidak digunakan. Ini adalah kerana hukuman mati bermaksud menamatkan nyawa seorang penjenayah dan tidak bermaksud menyeksanya.