Lotus Cars: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Laman baru: {{Infobox Company | company_name = Lotus Cars | company_logo = Image:Lotus logo.png | company_type = Persendirian (Majoriti saham dipegang oleh Proton) | genre = | foundation = [[1...
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 39:
Pada tahun 1986 syarikat tersebut telah dibeli oleh [[General Motors]]. Pada [[27 Ogos]] [[1993]], GM menjual Lotus, dengan kadar £30 juta, kepada A.C.B.N. Holdings S.A. dari [[Luxembourg]], sebuah syarikat yang dikawal oleh usahawan [[Itali]] bernama [[Romano Artioli]], yang turut memiliki [[Bugatti Automobili SpA]]. Pada tahun 1996 majoriti saham di dalam Lotus telah dijual kepada Perusahaan Otomobil Nasional Bhd ([[PROTON|Proton]]), sebuah syarikat automotif [[Malaysia]] yang disenaraikan di [[Bursa Saham Kuala Lumpur]].
 
Syarikat Lotus juga bertindak sebagai konsultan [[kejuruteraan]], menyediakan perkhidmatan pembangunan kejuruteraan—terutamanya [[sistem gantungan]]—bagi pengeluar kereta lain. Jabatan Aliran Kuasa yang kurang dikenali pula bertanggungjawab terhadap reka bentuk serta pembangunan enjin 4 silinder dalam kebanyakan model anak syarikat GM iaitu [[Vauxhall Motors|Vauxhall]], [[Opel]], [[Saab Automobile|Saab]], serta mungkin juga beberapa model kereta [[Saturn Corporation|Saturn]]. Harus diingat bahawa model terkini [[Lotus Elise|Elise]] dan [[Lotus Exige|Exige]] menggunakan enjin 4 sebaris 1.8L VVTL-i I4 dari model kereta Toyota Celica GT-S dan Matrix XRS.
 
Syarikat tersebut diuruskan sebagai Group Lotus, yang mana dipecahkan kepada Lotus Cars dan Lotus Engineering. Tidak seperti beberapa khabar angin, tiada rancangan untuk membentuk semula pasukan Formula Satu. Faktor utama adalah kerana ia memerlukan masukan kewangan yang sangat tinggi, melebihi daripada apa yang diharapkan oleh syarikat.