Lela Manja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 32:
Filem ini mengisahkan tentang dua adik-beradik, Lela (dilakonkan oleh Seniwati Zaiton, sebagai Lela dewasa) dan adiknya, Manja (dilakonkan oleh Aziz Jaafar, sebagai Manja dewasa).
 
Mereka mempunyai masa kanak-kanak yang sangat sukar kerana ibu tiri mereka yang suka mendera, Dang Suri (dilakonkan oleh Normadiah). Selepas pembunuhan bapa mereka Sang Naka (dilakonkan oleh Salleh Kamil) yang dirancang, mereka melarikan diri tetapi berpisah di pertengahan jalan.
 
Seorang lelaki (Malek Sutan Muda) telah menemui Manja yang hanyut didalam sampan yang terdampar lalu menjaga Manja didalam sebuah gua sehingga Manja remaja. Lela Sari pula telah dijadikan anak angkat oleh Sultan (Haji Mahadi) setelah menemui Lela yang tersesat ketika sedang berburu. Lela telah menceritakan semuanya kepada Sultan lalu Sultan mengerahkan orangnya untuk mencari Dang Suri yang curang dan menemui beliau bersama-sama Megat Sura (Shariff Dol) sedang mendukung Sang Naka untuk menguruskan mayatnya.
 
Megat Komeng (Jins Shamsuddin) yang merupakan anak Megat Sura telah menyaksikan Sultan membunuh bapanya dan menyimpan dendam keatas kematian bapanya yang tidak disemadikan. Beliau menghasut orang kampung untuk menyerang istana bermodalkan cerita palsu mengenai kematian bapanya konon tidak bersalah.
 
Megat Komeng telah bertemu dengan Manja yang berjaya mengalahkan Panglima Harimau Berantai (lakonan A. Rahim) kerana cuba mengganggu Mawar (Rosnani Jamil). Komeng lalu mengajak Manja menyertai perjuangannya.
 
Raja Muda (Ahmad Mahmud) telah menyerahkan istana kepada Komeng dengan rela hati kerana tidak mahu pertumpahan darah berlaku telah membawa diri bersama pembesar ke dalam hutan. Manja yang telah diutuskan oleh Komeng untuk mencari Raja Muda telah bertemu dengan Lela yang sedang mandi di dalam hutan. Setelah mengetahui kebenaran cerita Lela, Manja telah berpakat dengan Raja Muda untuk menangkap Komeng yang durhaka.
 
==Pelakon==