Babylon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
'''Babylon''' ({{lang-el|Βαβυλών|Babylṓn}}, {{lang-he|בָּבֶלֶ|Bavel}}, {{lang-ar|بَابِل|Bābil}}) adalah negara-kota bagi tamadun Mesopotamia , dan tinggalannya kini ditemui di [[Al Hillah]], [[Wilayah Babil]], [[Iraq]], lebih kurang 85 kilometer selatan [[Baghdad]].
 
Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subur [[Mesopotamia]] di antara [[Sungai TigrisDajlah]] dan [[Sungai Furat]] di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kota Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM (bibit mulanya dinasti-dinasti). Kota ini mula menyinar dan menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama [[Empayar Babylon|Babylon]]. Ia adalah sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebih kurang tahun 2300 SM menjadi pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. [[Taman Tergantung Babylon]] merupakan satu dari [[Tujuh Keajaiban Dunia]].
 
Perkataan Babylon adalah berasal dari bahasa Akkadia "Babilu" yang bermaksud "pintu masuk Dewa". Dalam [[al-Quran]] dan [[Kitab Bible]], nama ini disebut sebagai Babil atau Babel. Dalam [[Kitab Kejadian]] [[Menara Babel|11:9]], ia bermakna "kekeliruan" (tentang bahasa) dari kata kerja "balbal" iaitu untuk "mengelirukan".