James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 18:
Dr. James dilantik sebagai Timbalan [[Ketua Menteri Sabah]] merangkap Menteri Industri dan Pembangunan Desa pada 17 Julai 1976. Dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran datuk oleh [[Sultan Pahang]] pada 23 Oktober 1976. Kemudian dilantik Timbalan Presiden Berjaya pada 18 Mac 1977.
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1978]], Dr. James bertanding di parlimen [[Tuaran]]. Beliau menang kerusi negeri [[Tamparuli]] dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.
 
Dr. James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.
Baris 24:
Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk kerusi [[Tuaran (kawasan persekutuan)|parlimen Tuaran]]. Pada Mei 1988, beliau mengundurkan diri dari parti [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah|Berjaya]]. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.
 
Pada Julai 1990 beliau kalah bertanding di kerusi DUN [[Tamparuli]] atas tiket PRS. Beliau dikalahkan oleh Datuk [[Wilfred Bumburing]] dari [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]] yang dipimpin oleh bapa saudaranya, ''Huguan Siou'' Tan Sri Datuk Seri Panglima [[Joseph Pairin Kitingan]]. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai [[Parti Bersatu Sabah]] pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli.
 
Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip [[Rukun Negara]] yang menjadi asas kepada pembentukan [[masyarakat majmuk]] di [[Malaysia]] dan [[Wawasan 2020]]. Beliau merupakan nasionalis sebenar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dr James mengkaji sejarah negara, pembinaan negara Malaysia dan [[hubungan etnik]]. Dia banyak berfikir sebagai ahli politik agar hubungan toleransi terjalin antara etnik.