James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1978]], Dr. James bertanding di parlimen [[Tuaran]]. Beliau menang kerusi negeri [[Tamparuli]] dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.
 
Dr. James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr. [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.
 
Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk kerusi [[Tuaran (kawasan persekutuan)|parlimen Tuaran]]. Pada Mei 1988, beliau mengundurkan diri dari parti [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah|Berjaya]]. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.
Pada Julai 1990 beliau kalah bertanding di kerusi DUN [[Tamparuli]] atas tiket PRS. Beliau dikalahkan oleh Datuk [[Wilfred Bumburing]] dari [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]] yang dipimpin oleh bapa saudaranya, ''Huguan Siou'' Tan Sri Datuk Seri Panglima [[Joseph Pairin Kitingan]]. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai [[Parti Bersatu Sabah]] pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli.
 
Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip [[Rukun Negara]] yang menjadi asas kepada pembentukan [[masyarakat majmuk]] di [[Malaysia]] dan [[Wawasan 2020]]. Beliau merupakan nasionalis sebenar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dr. James mengkaji sejarah negara, pembinaan negara Malaysia dan [[hubungan etnik]]. Dia banyak berfikir sebagai ahli politik agar hubungan toleransi terjalin antara etnik.
 
Bekas Setiausaha akhbar beliau, Datuk Almain Ajirul yang kini menjadi Pengarah Penerangan Sabah (kini bersara) menganggap Dr. James sebagai seorang yang bekerja kuat.