James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan
→Biodata
Adiknya, Datuk Dr. [[Maximus Ongkili]] menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Semasa kecil, beliau bersekolah di Sekolah Rendah St. Theresa Tondulu dan juga Sekolah Menengah St. Martin Tampasak di [[Tambunan]] dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Tiga, lalu melanjutkan pendidikan menengah atasnya di Sekolah Menengah St. Francis Xavier, [[Keningau]].
Kemudian, beliau menuntut pendidikan tingkatan enamnya di Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru, [[Kota Kinabalu]] lalu melanjutkan pengajiannya ke tahap sarjana muda (MA BA-Hons) di Universiti Queensland, [[Brisbane]], [[Australia]]. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya ke tahap Ph.D di [[Universiti Malaya]] setelah menulis tesis Nationalisme di Malaysia.
Selepas menamatkan pengajiannya, Dr. James menyertai perkhidmatan awam negeri Sabah dan berkhidmat sebagai pegawai daerah di [[Kinabatangan]] dan [[Keningau]] pada 1967 dan 1969.
|