Mustaffa Noor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Pada awal 80an iaitu tahun 1983, Mustaffa pernah berkolaborasi dengan dua pelakon tersohor tanahair- Seniwati [[Uji Rashid]] dan [[Azean Irdawaty]] menjayakan drama [[RTM]] "Panggilan Pusara"- sebuah naskhah yang diterjemahkan daripada novel popular. Mustaffa memegang peranan sebagai suami Uji dan adik kepada Azean.
 
Mustaffa pernah membintangi drama bersiri terbitan RTM iaitu drama [[Opah (drama)|''Opah'']] sebagai Amar. Kemudian tempatnya diganti dengan Abu Bakar Kasim.
 
Mustaffa popular menerusi drama TV yang merupakan arahan pertama [[Shuhaimi Baba]] berjudul ''Maria'' pada 1984. Menerusi drama yang menggandingkan beliau bersama aktres Fatimah Abu Bakar (ibu kepada pelakon [[Sharifah Amani]]), Mustaffa mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem. Namun beliau hanya sempat membintangi sebuah filem iaitu filem [[Mawar Merah]] pada 1987.