James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 16:
 
==Politik==
Pada April 1976, Dr. James bertanding dan menang besar di kawasan [[Tamparuli (kawasan negeri)|Tamparuli]] atas tiket [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah|Berjaya]]. Oleh itu beliau dilantik serbagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 20 April 1976.
 
Dr. James dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah untuk kuota Bumiputera Kadazandusun Murut (Bukan Islam) merangkap Menteri Industri dan Pembangunan Desa pada 17 Julai 1976. Dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran ''Datuk'' (Dato') oleh [[Sultan Pahang]] pada 23 Oktober 1976 dan lima bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Berjaya pada 18 Mac 1977.
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1978]], Dr. James bertanding di kawasan parlimen [[Tuaran (kawasan persekutuan)|Tuaran]]. Beliau menang kerusi negeri [[Tamparuli (kawasan negeri)|Tamparuli]] dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.
 
Dr. James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr. [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.