Demokrasi sosial: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WestHamFC91 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
WestHamFC91 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1:
{{Party politics}}{{Socialism sidebar}}
'''Demokrasi sosial''' merupakan ideologi [[politik]] yang menggabungkan [[sosialisme|unsur-unsur sosial]] dengan amalan [[kapitalisme]] yang dianggap sesuai dengan perkembangan semasa sesebuah negara atau negeri. Ideologi ini juga ditakrifkan sebagai bentuk demokrasi yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kapitalisme. Kebanyakan negara maju dan negara separa membangun masih menggunapakai sistem demokrasi sosial, tetapi dalam konteks ideologi dan perjuangan yang berbeza. Adakalanya sering digunakan sebagai medium alternatif untuk menggulingkan sesebuah kerajaan atau gabungan parti-parti politik yang mengamalkan [[demokrasi liberal]]. Unsur-unsur seperti [[konservatisme]], [[populisme]], [[patriotisme]], [[hak sivil|hak politik dan sivil rakyat]], [[pemikiran bebas]], serta [[birokrasi|keadilan birokrasi]] juga diterapkan dalam sistem pemerintahan demokrasi sosial ini.
 
Fahaman ini asalnya mendokong peralihan yang sederhana aman dan beransur daripada sistem kapitalisme kepada sistem [[sosialisme]] dengan menggunakan kaedah politik yang sedia ada berbanding peralihan cara mendadak (melalui sosialisme berevolusi) yang dikaitkan dengan teori [[Marxisme]].<ref>{{cite web|url=http://www.britannica.com/topic/social-democracy|title=Social democracy|publisher=''Encyclopædia Britannica''|accessdate=10 Ogos 2015}}</ref>