Sultan Yahya Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
 
== Keputeraan كڤوترأن ==
Diputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, [[Kota Bharu]], Kelantan dan merupakan putera kedua bagi [[Sultan Ibrahim Petra|Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]] dengan isteri ketiga baginda iaitu ''Che Puan Besar Cik'' Embong binti Daud. TengkuSultan Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]. TengkuSultan Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, [[Pulau Pinang]] ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di [[England]] pada [[1934]].
 
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun [[1939]]. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal TengkuSultan Yahya Petra dan [[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra|Tengku Zainab]] ialah Sultan Kelantan ke-28, [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|Sultan Ismail Petra]]. Empat orang puteri Baginda ialah Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandria binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Muhammad Petra.
 
== Kerjaya كرجاي ==
TengkuSultan Yahya Petra dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 1939. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, TengkuSultan Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri. Baginda ialah Timbalan Presiden [[Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan]] antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, S.P.B. dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945, Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu. Pada 1945 S.P.B. TengkuSultan Yahya Petra dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. TengkuSultan Yahya Petra menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.
 
Semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 - 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.
 
=== Naik takhta ناءيق تخت ===
TengkuSultan Yahya Petra ditabalkan sebagai [[Sultan Kelantan]] pada, 17 Julai 1961, dengan gelaran '''Sultan Yahya Petra''', untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia [[Sultan_Ibrahim_Petra|Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV]]. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi [[Kolonel]] Panglima Briged Artileri Malaysia.
 
Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh [[Majlis Raja-Raja]]. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada [[21 September]] [[1970]]. Kemudian pada [[19 Jun]] [[1975]], Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Raja.
Baris 83:
 
== Anugerah lain انوڬره لاين ==
Pada [[5 Jun]] [[1952]], TengkuSultan Yahya Petra menerima Order St. Michael dan St. George (C.M.G.) daripada [[Ratu Elizabeth II]] dari [[England]].
 
Ketika negara meraikan sambutan ulang tahun pertama Kemerdekaan Tanah Melayu pada [[31 Ogos]] [[1957]], TengkuSultan Yahya Petra menerima Darjah Tertinggi Tanah Melayu, Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) daripada [[Yang di-Pertuan Agong]] pertama, [[Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad|Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman]], [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]].
 
Sultan Yahya Petra juga menerima Darjah Kerabat yang lain-lain, antaranya: