Hari Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Rujukan: membetulkan 1 pautan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21:
'''Hari Malaysia''' disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan [[Malaysia]] di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama [[Tanah Melayu]], [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] bagi membentuk [[Malaysia]].
 
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan [[Indonesia]] dan [[Filipina]] untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini [[Sabah]]) dan [[Sarawak]].<ref>''A marriage that was doomed from the start''. [[New Straits Times]]. 4 Ogos, 2007.</ref>
 
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri [[Sabah]] sempena hari keputeraan [[Yang Di-Pertua Negeri]]. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di [[Sarawak]] dan [[Semenanjung Malaysia]],<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=356533 Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat]</ref> namun mulai tahun [[2010]], Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=447846 Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum], Bernama</ref>