Malin Kundang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syed Azaharul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{two other uses|hikayat Malin Kundang|siri televisyen|Drama lipur lara Malin Kundang}}
 
'''Malin Kundang''' merupakan sebuah cerita [[rakyat]] yang mengisahkan tentang Malin Kundang, adalah [[anak]] tunggal sepasang [[suami]] [[isteri]] [[nelayan]] di Desa Air Manis. Sebelum lahir, Malim ditinggalkan ayahnya yang tidak pernah balik ke desanya dan setelah dia dilahirkan terpaksa dipelihara oleh ibunya dengan keadaan hidup yang penuh penderitaan.
 
Setelah dewasa Malim meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi merantau dengan dibekalkan [[nasi]] bungkus [[daun pisang]].Sejak pemergian itu, ibu Malim tidak pernah mendengar khabar berita tentang anaknya itu hingga bertahun-tahun lamanya, sehingga usia ibu itu semakin lanjut dan [[bongkok]] dan akhirnya ibu tua itu mendapat berita daripada [[nakhoda]] [[kapal]] yang dahulu membawa Malim mengatakan anaknya telah berkahwin dengan seorang [[gadis]] jelita anak seorang [[bangsawan]] yang amat kaya.
 
Setelah sekian lama menunggu kepulangan Malin, akhirnya pada satu hari sebuah kapal besar yang cantik belayar menuju ke [[pantai]] Desa Air Manis. Dalam kemeriahan penduduk Desa Air Manis menyambut ketibaan kapal itu, ternampak seorang anak muda berdiri di anjung kapal, ibu tua percaya anak muda itu adalah anaknya Malin Kundang.
Ibu tua itu memanggil anaknya tetapi isteri Malim yang jelita telah meludahnya. Disebabkan terlalu malu kepada isterinya, Malin terus menendang ibunya. Selepas itu Malin bersama isterinya terus belayar dengan kapalnya meninggalkan Desa Air Manis dan setelah melihat kapal kenaikan anaknya semakin jauh di tengah laut, orang tua itu terlalu sedih atas perbuatan anaknya.
 
Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke [[langit]] sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu kepada Tuhanku, kalau memang benar dia Malim Kundang, dia sumpah menjadi batu.
 
Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah [[angin]] kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut [[malam]] dan apabila [[matahari]] [[pagi]] memancar sinarnya, di [[kaki bukit]] di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu. Hingga kini batu Malin Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.
 
==Cerita-cerita yang seumpamanya ==