Bomis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sementara dihapus. Kotak info tidak sesuai dengan standar wiki bahasa manapun. Pautan tak perlu banyak banyak
Remove consent constent
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
Unlocked magic remove
'''Bomis''' merupakan sebuah syarikat [[dot-com]] yang diasaskan oleh [[Jimmy Wales]] dan [[Tim Shell]] pada tahun [[1996]]. Kegiatan perniagaan utamanya ialah penjualan iklan-iklan dalam portal gelintar Bomis.com, serta pemberian sokongan kepada [[Nupedia]] dan [[Wikipedia]] yang merupakan projek-projek [[ensiklopedia]] bebas. Sejak tahun 2006, Shell ialah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Bomis.
 
Dalam tapak Bomis.com, Bomis mencipta dan mengehoskan [[gelang web]] berdasarkan istilah-istilah gelintaran yang popular. Gelang-gelang itu pada suatu masa dikategorikan secara umum sebagai "Wanita", "Hiburan", "Sukan", "Dewasa", "Lain-lain" dan "Fiksyen sains".[http://www.bomis.com/whatsnew/] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20060101035521/http://www.bomis.com/whatsnew/ |date=2006-01-01 }} Kategori "Dewasa", "Wanita" dan "Hiburan" adalah kategori yang terpopular dan sering dikemaskinikan. Selain itu, Bomis juga mengehoskan sebuah salinan direktori gelintaran "[[Projek Direktori Terbuka]]" yang dimiliki oleh [[America Online]]. Hasil daripada halaman-halaman gelintaran berkait dijanakan oleh pengiklanan dan [[pemasaran gabungan]].
 
Bomis mengelolakan sebuah tapak web yang digelarkan ''Bomis Premium'' di premium.bomis.com sehingga 2005. Tapak web ini memberikan pelanggan-pelanggan capaian untuk gambar-gambar foto [[karya erotik|erotik]] yang menonjolkan 403 orang [[model]] yang berbeza-beza (54,658 gambar pada jumlahnya), dan video-video model dalam kesemua keadaan penanggalan pakaian dan lagak-lagak yang tidak senonoh.[http://premium.bomis.com/indexpotd.html] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20050911013348/http://premium.bomis.com/indexpotd.html |date=2005-09-11 }} Sehingga pertengahan 2005, Bomis juga menonjolkan ''Laporan Wanita Bomis'', [[log web]] (''blog'') percuma, penerbitan berita dan ulasan mengenai orang yang terkenal, model-model, serta [[hiburan dewasa]].
 
''Laporan Wanita'' terpaut secara ketara ke ''Bomis Premium'', dan seringnya memberikan laporan kemas kini tentang model-model baru yang menyertai Bomis. Bomis juga mengelolakan nekkid.info yang merupakan tempat simpan percuma untuk gambar-gambar foto erotik yang terpilih[http://www.whois.sc/nekkid.info] [http://web.archive.org/web/*/www.nekkid.info/] serta mengehoskan ''Enjin Wanita'' yang merupakan "engin gelintar wanita yang tepat". Enjin itu mengindekskan berbagai-bagai gambar-gambar foto dari kategori [[fotografi glamor]] ke kategori [[pornografi]]. Tapak itu, yang diiklankan dalam Bomis.com pada Mac 2006, menggunakan [[alamat IP]] yang sama dengan premium.bomis.com, serta bomis.com sebagai pelayan namanya.
 
Sebagai tambahan kepada perkhidmatan erotika dan gelintarannya, Bomis juga membekalkan perkhidmatan pengehosan tapak web yang mendukung pandangan-pandangan politik untuk pendukung-pendukung [[objektivisme]] atau [[kebebasan]], termasuknya "''Freedom's Nest''" (terjemahan: "Sarang Kebebasan"),[http://www.freedomsnest.com], pangkalan data untuk buku-buku dan petikan-petikan, serta "Kami yang Hidup" ("''We the Living''") yang merupakan tapak web untuk kommuniti pendukung objektivisme yang kini tidak berfungsi lagi.
 
== Peranan dalam penciptaan Nupedia dan Wikipedia ==