Nujum Pa' Blalang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Shafiq Ikhwan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan ([[Aziz Sattar]]) dan Nyawa ([[S. Shamsuddin]]), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan [[darah]]" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal ([[H. M. Busra]]) dan Jambul ([[Ali Fiji]]), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan [[lembu]] dan [[kambing]] tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
 
Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang (Bad Latiff) lalu mengambil "geluk jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka adalah anak diluar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di dalam air tersebut tetapi tidak tahu dimana kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.
 
===Pak Belalang Ahli Nujum Negara===
Baris 65:
* "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana [[Hang Tuah]]. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"
 
Setelah mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan sanggup mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau yang sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh Belalang mencari perahu untuk melarikan diri sementara dia mengemas barang keperluan. Di kuala, Belalang cuba mengambil perahu Sultan Masai tetapi ketika ingin menolak perahu itu, rombongan Sultan Masai tiba. Belalang memasuki perahu itu dan bersemunyibersembunyi di bawah tempat duduk dan belayar bersama rombongan itu untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai memujuk ahli nujumnya untuk memberitahu jawapan teka-teki dan walaupun baginda melarang semua anak kapal yang mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telah didengar oleh Belalang. Belalang berenang pulang dan memberitahu bapanya semua jawapan yang didengarnya.
 
Pada hari yang ditetapkan, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:
Baris 86:
 
===Tuah Pak Belalang===
Dengan negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati kerana mengesyaki ahli nujumnya ([[Udo Omar]]) berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahuuimengetahui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan merungut sambil memanggil nama "Belalang" dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak Belalang itu betul kerana yang digenggamnya adalah seekor [[belalang]]. Maka, dengan itu, Beringin Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.
 
Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan) dan mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya. Kemudian dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai akan muncul dan memulangkan puteri lalu mimintameminta untuk dikembalikan negara serta mengahwini puteri itu.
 
Mereka kemudian bersembunyi di Gua Bukit Tunggal sementara Badan dan Nyawa menculik puteri. Setelah itu, seperti yang dijangka, Sultan Shahrul Nizam mengumumkan yang baginda memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu. Mujur, Perdana Menteri sempat mengingatkan Sultan bahawa mereka sudah mempunyai Ahli Nujum Negara. Lalu, Pak Belalang dipanggil mengadap Sultan dan dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa tempat puteri disembunyikan atau dia akan dihukum pancung. Semangkuk air disediakan dan seperti biasa, Pak Belalang tidak tahu apa hendak buat dan berlakon seolah-olah berjampi. Tiba-tiba, secara ajaib, muncul dari dalam air bayangan puteri yang diikat oleh Sultan Masai, penculik Badan dan Nyawa serta pengikut baginda. Ketika Sultan menanyakan tempat persembunyian itu, Pak Belalang telah hilang.