Need for Speed: Most Wanted: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Membuang templat Expand → rencana sudah lengkap
Baris 68:
[[Image:Nsfms.JPG|left|thumb|225px|Kereta pemain (sudah mencapai tahap "panas" keempat) sedang dikejar kereta peronda serta [[helikopter]] polis.]]
 
''Most Wanted'' menampilkan semula sistem buruan polis setelah ciri tersebut setelah kemunculan kali teralhirnyaterakhirnya pada Need for Speed: Hot Pursuit 2. Di dalam mod Karier, polis akan mengejar tidak kira semasa dalam perlumbaan ataupun semasa merayau-rayau di dalam bandar, bergantung kepada kekerapan rondaan pihak polis serta kesalahan trafik yang dilakukan pemain. Selain itu, pemain boleh memilih sendiri untuk dikejar polis dari markas atau menu utama, serta melalui mod cabaran.
 
Sistem buruan polis kali ini lebih kompleks serta lebih agresif daripada permainan ''Hot Pursuit'' yang lepas, menjadikannya sebagai siri ''Need for Speed'' paling sukar untuk dimenangi. Cara polis mengendalikan pesalah kali ini ditentukan melalui "tahap kepanasan" kereta pemain. Tahap kepanasan, yang akan meningkat bergantung kepada tempoh buruan serta tahap kemusnahan yang dilakukan oleh pemain, menjadikan adegan kejar-mengejar semakin sukar. Semakin tinggi tahap kepanasan kereta, semakin tinggi kebarangkalian pemain dikejar polis dari bahagian negeri sehingga ke peringkat persekutuan, serta lebih ganas jugalah taktik yang digunakan polis untuk menangkap pesalah seperti penggunaan [[sekatan jalan raya]], kawat berduri, [[helikopter]] polis serta kereta polis yang lebih berat serta lebih pantas. Ada kalanya pemain akan dikejar lebih 20 kereta polis pada tahap kepanasan yang lebih tinggi. Terdapat 5 tahap kepanasan (dengan tahap tersembunyi keenam dan ketujuh masing-masing semasa tamat mod Karier serta di dalam Black Edition), tiga tahap penguatkuasaan (Tempatan, Negeri, dan Persekutuan), serta 10 jenis kenderaan polis.