H. M. Busra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 19:
 
==Kehidupan dan kerjaya==
Dilahirkan pada 1933 di [[Semenyih]], [[Selangor]], Busra dikenali ramai kerana lakonannya dianggap berkesan biarpun dalam satu atau dua babak sajasahaja, seperti mana watak lelaki mabuk pemain muzik dalam filem [[Seniman Bujang Lapok]]. Sepanjang hayatnya, diabeliau berlakon lebih 40 filem, antaranya Takdir, [[Panji Semerang]], [[Pileh Menantu]] dan [[Anakku Sazali]]. Filem terakhirnya ialah [[Langit Tidak Selalu Cerah]]. Berkebolehan bermain biola dan trumpet, ia ditunjukkan dalam Seniman Bujang Lapok untuk babak dia meniup trumpet sehingga mengganggu jiran sebelah, termasuk watak Ramli, Sudin dan Ajis yang sibuk menghafal skrip menyebabkan Busra dibelasah tiga bujang lapok itu.
 
Selepas [[Malay Film Productions Ltd|Studio]] [[Jalan Ampas]] ditutup pada sekitar bulan November 1967, H.M Busra telah pulang ke [[Malaysia]] sebagaimana kebanyakan seniman-seniman lain yang berasal dari Malaysia, termasuk juga [[P. Ramlee|Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]] yang telah kembali lebih awal pada 1964. Dari [[Singapura]], H.M Busra kembali ke kampung halaman beliau di [[Semenyih]] dan di situlah beliau memulakan perusahaan membuat kicap, menternak ayam serta membuka tapak semaian.
 
==Kematian==
Pada malam selasa, 7 April 1981, ketika berlangsungnya [[Festival Filem Malaysia ke-2|Pesta Filem Malaysia ke-2]], HM Busra telah meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Sebelumnya, beliau telah memberitahu hasrat untuk pulang lebih awal kerana penat kepada Seniman [[S. Sudarmaji]] yang kebetulan duduk disebelah beliau pada malam itu. Menurut S.Sudarmaji, sewaktu dalam perjalanan pulang dari [[Stadium Negara]], di mana Pesta Filem Malaysia ke-2 diadakan, beliau ternampak kereta milik HM Busra berhenti di pinggir Jalan Yoke Yew, lalu beliau memberhentikan kereta dan merapati kereta berkenaan. S.Sudarmaji kemudiannya mendapati HM Busra ada didalam kenderaan tersebut, namun beliau kelihatan tidak bermaya sambil mengadu sesak nafas, lantas S. Sudarmaji bergegas untuk mendapatkan ambulan. Sekembalinya beliau ke kereta Busra, didapati seniman tersebut telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, iaitu kira-kira antara jam 11.00 malam hingga 11.30 malam. Pada ketika itu Allahyarham HM Busra yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit asma yang teruk.<ref>{{cite news|title=Seniman H.M. Busrah meninggal dunia|publisher=[[Berita Harian]]|date=10 April 1981|page=6}}</ref>
 
Lebih menyayat hati ialah, sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disampaikan kepada ahli keluarganya di Semenyih, kakak Allahyarham, Shamsiah Sarmin yang berusia 60 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu sedih dan terkejut dengan berita kematian adiknya.<ref>{{cite news|title=Busra Meninggal, kakak mati lepas dengar berita|publisher=[[Berita Harian]]|date=9 April 1981|page=1}}</ref> Jenazah kedua-dua beradik ini disemadikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Semenyih. Allahyarham HM Busra meninggalkan seorang balu, Salmah Yusof dan lima orang anak, Rosilawati, Mohd Suhaimi, Rosmilah, Mohd Afendi dan Rosailah.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2442063/tuah-busra-pada-badan|title=Tuah Busra pada badan|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Minggu]]|date=30 Januari 2000|accessdate=17 November 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2436430/keluarga-busra-terharu|title=Keluarga Busra terharu|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Minggu]]|date=6 Februari 2000|accessdate=17 November 2021}}</ref>