Nnoitra Jiruga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
k →‎Sinopsis: Kemaskini penghujung hayat Nnoitra.
Baris 23:
Nnoitra pertama kalinya diperkenalkan dalam sebuah perjumpaan Espada. Selepas satu perbualan ringkas bersama Espada ke-4 iaitu [[Ulquiorra Schiffer]] berkaitan dengan Orihime, Nnoitra segera memburu para penceroboh dalam markas mereka. Chad yang ditemui Nnoitra sewaktu pertarungannya bersama-sama [[Hollow dalam Bleach#Privaron Espada|Gantenbainne Mosqueda]], telah ditewaskan dengan mudah.<ref>Manga ''Bleach''; bab 263, halaman 8.</ref> Di atas pertarungannya yang singkat dan tidak memuaskan, Nnoitra mula mencari penceroboh yang seterusnya.
 
Nnoitra kemudian memburu [[Kurosaki Ichigo]], dan menemui Ichigo sejurus selepas pertarungannya dengan [[Grimmjow Jaggerjaque|Grimmjow]] lalu berlawan di tempatnya. Disebabkan keadaan Ichigo yang lemah dan kedudukan Nnoitra sebagai Espada yang lebih hebat, Ichigo dibelasah teruk olehnya, namun kebangkitan Nel Tu telah menghalang Nnoitra daripada membunuh Ichigo. Nel kemudiannya mula menentang Nnoitra, menyerap salah satu daripada letupan ''cero''nya lalu membalas serangan itu kembali. Dalam proses itu Nel telah mencederakan lengan kanannya meskipun Nnoitra sempat mengelak daripada kesan maksimum serangan tersebut. Dia dengan penuh megah mengatakan bahawa Nel tidak mungkin mengalahkannya begitu sahaja, meskipun Nel pernah menjadi Espada ke-3, kerana lima tahun telah berlalu sejak pertarungan mereka yang terakhir, dan Espada terkini jauh lebih hebat daripada dahulu. Mereka kembali berbalas serangan, tetapi Nel teragak-agak, sepertimana yang dirasainya dalam pertarungan-pertarungan lepas. Akhirnya, Nel melepaskan ''zanpakutō''nya.<ref>Manga ''Bleach''; bab 293, halaman 17</ref> Meskipun Nel dengan mudahnya menakluki pertarungan mereka, secara tiba-tibanya dia kembali ke bentuk kanak-kanaknya, memberi Nnoitra kelebihan sekali lagi. Ichigo cuba untuk membantu, namun Nnoitra memintasnya dan mengarahkan Tesla membelasahnya. Nnoitra kemudian memegang kuat Orihime dan memaksanya melihat Ichigo yang sedang dibelasah oleh Tesla. Namun begitu, Nnoitra dan Tesla diganggu apabila [[Zaraki Kenpachi]] tiba untuk membantu Ichigo. Selepas Tesla ditumpaskan oleh Kenpachi, Nnoitra dan Kapten itu dengan segera mula bertarung. Mereka berdua meneruskan pertarungan, menahan serangan masing-masing dan berasa gairah dalam menumpahkan darah mereka dan memanjangkan perlawanan tersebut. Kenpachi, menerusi penggunaan pertarungan gaya [[kendo]], telah berjaya memaksa Nnoitra untuk menerima kekalahan dengan membunuhnya.
 
== Kuasa dan kebolehan ==