Opera Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
k pautan Meyerbeer
Baris 23:
Selepas tamat [[Revolusi Perancis]] pada tahun 1830 (juga dikenali sebagai "Revolusi Julai"), satu rejim baru dibentuk untuk menswastakan kontrak opéra yang dahulunya dikawal oleh kerajaan negeri. Kontrak ini dimenangi oleh seorang usahawan, Louis-Désiré Véron, yang mengaku tidak tahu menahu tentang muzik sama sekali. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berjaya di dalam usaha beliau untuk memenuhi cita rasa orang ramai dengan melabur secara banyaknya kepada Opera Agung. [[Opera]] pertama yang dikeluarkan adalah hasil karya [[penggubah]] [[Meyerbeer]] yang mana tayangan perdana [[opera]] tersebut pada awalnya telah ditangguhkan oleh [[revolusi Perancis]].
 
Ini merupakan tuah kepada Veron dan [[Meyerbeer]], sepertimana yang diulas oleh [[penggubah]] [[Hector Berlioz]] yang berkata "[[Meyerbeer]] bukan sahaja mempunyai nasib menjadi berbakat, namun berbakat untuk bernasib baik".<ref>Hector Berlioz, tr. D. Cairns, ''Memoirs'', London ,1969. ms. 569</ref>. [[Opera]] beliau yang berjudul ''Robert le diable'' yang mempunyai sentimen-sentimen liberal [[Perancis]] untuk 1830an mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.
 
Veron juga membawa [[opera]] gubahan [[Auber]] berjudul ''Gustave III'' (1833, libreto oleh Scribe, kemudiannya diadaptasi aikan oleh [[Verdi]] berjudul ''[[Un ballo in maschera]])'' dan hasil karja [[Fromental Halévy]] berjudul ''La juive'' (1835, libreto juga ditulis oleh Scribe), dan juga [[opera]] terbaru [[Meyerbeer]] yang berjudul ''Les Huguenots'' (1836, libreto oleh Scribe dan Deschamps). Ini merupakan kejayaan yang terbukti paling lama bertahan dalam keseluruhan era Opera Agung sepanjang abad ke-19.