Kastrato: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Portal tag
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan Meyerbeer
Baris 28:
 
==Penolakan konsep pengembirian kanak-kanak lelaki==
Pada penghujung kurun ke-18, perubahan dalam citarasa [[opera]] dan sikap kemasyarakatan adalah era penghabisan untuk kastrati. Kastrato [[opera]] terkenal yang terakhir ialah Giovanni Battista Velluti (1781-1861), yang mempersembahkan [[opera]] kastrato terakhir untuk peranan ''Armando'' dalam [[opera]] ''Il Crociato in Egitto'' gubahan [[penggubah]] [[Giacomo Meyerbeer]] di [[Venice]] pada tahun 1824. Tidak lama selepas itu, mereka digantikan terus oleh penyanyi-penyanyi lelaki sebagai baka baru peranan “hero”. Penyanyi [[tenor]] seperti Gilbert-Louis Duprez, seorang penyanyi [[Perancis]] adalah antara pengganti pertama kastrati yang juga digelar "raja C tinggi" (king of High Cs). Peranan penyanyi [[tenor]] sebagai hero dan watak utama dalam [[opera]] berterusan sehingga ke hari ini dengan melahirkan penyanyi-penyanyi seperti Enrico Caruso, Franco Corelli, [[Plácido Domingo]] [[Luciano Pavarotti]] dan ramai lagi.
 
Selepas penyatuan semula [[Itali]] pada tahun 1870, pengembirian telah diharamkan secara rasmi (kerajaan baru [[Itali]] mengadaptasi undang-undang [[Perancis]] untuk melarang pembedahan seumpama ini). Pada tahun 1878, Paus Leo XIII dilarang mengambil kastrati baru oleh gereja: pada masa itu, terdapat beberapa kastrati sahaja tinggal dalam Sistine Chapel dan di Rom. Sebuah foto beramai-ramai kumpulan koir Sistine Chapel yang diambil pada tahun 1898 menunjukkan hanya enam kastrati sahaja yang tinggal dalam kumpulan koir tersebut. Pada tahun 1902, satu undang-undang baru telah dikeluarkan daripada Paus Leo bahawa tiada kastrati baru dibenarkan diambil untuk koir gereja.