Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Mengganti Kategori:Kedah Darul Aman
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
Pembabitan beliau dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan negeri Kedah lebih daripada 25 tahun menjadikan beliau seorang pemimpin yang sangat berpengalaman dan berdedikasi. Beliau telah dilantik menyertai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah pada tahun 1992. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Hj. Osman Aroff dengan memegang portfolio kebudayaan, kesenian dan pelancongan. Selaku ahli Exco, Dato' Seri Syed Razak dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Kedah dan Industri Kecil dan Sederhana. Tugas Dato' Seri Syed Razak semakin berat apabila portfolio yang dipegangnya berkait rapat dengan sektor pelancongan. Beliau telah menetapkan strategi dan objektif bagi memajukan industri pelancongan di negeri Kedah ini sebagai satu sumber pendapatan rakyat.
 
Dato' Seri Syed Razak dilantik sebagai [[Menteri Besar]] Kedah ke lapan menggantikan Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid pada 12 Disember 1999 sehingga kini2005. Sebagai Menteri Besar Kedah, beliau bertanggungjawab ke atas kewangan dan belanjawan negeri, bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Galakan Pelaburan, Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri, Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi, Jawatankuasa Pembangunan Teknologi Maklumat dan Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
 
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran iaitu, [[Seri Setia Di Raja Kedah]] (S.S.D.K.), [[Kesatria Mangku Negara]] (K.M.N.), [[Bintang Kebaktian Masyarakat]] (B.K.M.), dan [[Jaksa Pendamai]] (J.P.)