Jebak Maut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earmarn (bincang | sumb.)
Earmarn (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
==Sinopsis==
Filem ini mengisahkan tentang Amran menjadi buruan polis kerana disyaki membunuh Raju. Pasukan polis mula menjejaki Amran kerana dia berjaya melepaskan diri dari tempat pembunuhan. Polis telah mencari di rumah Amran malangnya dia tiada di situ. Setelah polis beredar dari rumahnya, Amran masuk ke rumahnya dan ingin menerangkan kejadian sebenar kepada ayah, ibu dan pakciknya. Tetapi ayah Amran tidak mahu mendengar penjelasan Amran dan menghalaunya keluar. Amran dibantu oleh pakciknya dan dibawa tinggaldisembunyikan di sebuah rumah yang lain.
 
Sebenarnya Amran, Norlida dan Taib telah menyelamat dan memberi perlindungan kepada Raju daripada diserang oleh ahli kumpulannya. Raju menerangkan yang dia merupakan ahli kumpulan sulit. Dia bercadang untuk keluar dari kumpulan itu kerana ingin berkahwin. Tetapi ahli kumpulannya tidak bersetuju lalu memukul dan mengurung Raju. Raju berjaya melepaskan diri dan membawa lari blok/plate untuk membuat wang palsu untuk dijadikan bukti dan perlindungan.