Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Sekali lagi Jamal menunjukkan mutu lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem ''[[Sejati (filem)|Sejati]]'' (1991) arahan Norhan Mahmood dengan memegang watak sebagai Bani, seorang lepasan universiti telah tercedera dalam satu perlumbaan motosikal haram. Seterusnya, beliau berlakon bersama [[Sofia Jane]] dalam filem ''[[Kekasih Awal Dan Akhir (filem)|Kekasih Awal dan Akhir]]'' (1993) arahan [[Zulkifli M. Osman]] dengan melakonkan watak sebagai Yusman. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.
 
Pada 10 Jun 1994, album studionya ke-11, ''[[Penghujung Rindu]]'' telah dikeluarkan, diikuti oleh album ''[[Suratan Kasih (album)|Suratan Kasih]]'' yang dikeluarkan pada 17 Disember 1995. Bagaimanapun, sebahagian kecil lagu-lagu di dalam album ini tidak boleh dikeluarkan untuk siaran radio berikutan kes penangkapanpenahanan beliau atas kesalahan narkotik. Album ini kemudian telah dijenamakan semula sebagai ''[[Suratan Kasih (album)|Penawar Kasih]]'' dan dikeluarkan pada tahun 1997 dengan penambahan satu lagu iaitu "Penawar Kasih".
 
Jamal kemudian berlakon dalam dua lagi filem, iaitu ''[[Suratan Kasih (filem)|Suratan Kasih]]'' (1996) yang kembali menggandingkannya bersama Sofia Jane dan ''[[Ghazal Untuk Rabiah (filem)|Ghazal Untuk Rabiah]]'' (1997) lakonan bersama [[Wilma Muhammad]]. Beliau turut menyumbangkan suaranya bersama [[M. Nasir]] menerusi lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama. Namun begitu, boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan.