Perbezaan antara semakan "Haba"

4 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Robot: interwiki standardization)
'''Haba''' (disingkatkan ''Q'', juga dipanggil '''perubahan haba''') adalah pertukaran [[tenaga haba]] antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan. Unit [[SI]] bagi haba ialah [[joule]].
 
Kaitan antara haba dan [[tenaga]] sama dengan kaitan antara [[Kerja Dalam Mekanik|kerja]] dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan haba; haba mengalir dari kawasan yang ber[[suhu]] tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Semua objek ([[jirim]]) mempunyai [[tenaga dalaman]] yang berkaitan dengan pergerakan rawak [[atom]] dan [[molekul]] dalam jirim. Tenaga dalaman ini [[berkadaran terus]] kepada suhu objek itu. Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama. Jumlah tenaga yang dipindah adalah jumlah tenaga yang ditukar. Biasanya haba dikelirukan dengan [[tenaga]] dalaman, tetapi kedua-duanya ada perbezaan: haba berkaitan dengan perubahan tenaga dalaman dan kerja yang dilakukan oleh sesuatu sistem. Istilah haba digunakan untuk memperihalkan ''pengaliran'' tenaga; manakala istilah tenaga dalaman digunakan untuk memperihalkan tenaga. Memahami perbezaan ini adalah keperluan untuk memahami [[hukum pertama termodinamik]].
 
[[Sinaran]] [[inframerah]] biasanya dikaitkan dengan haba, kerana haba pada suhu bilik ke atas akan mengeluarkan radiasi yang tertumpu kepada jalur inframerah tengah.
6,420

suntingan