Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 43:
 
==Kontroversi==
Sepanjang kerjayanya, Jamal menjadi subjek kontroversi di arena hiburan tanahair. Pada 9 Oktober 1984,<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19860504-1.2.25.3|title=Jamal cuba bersihkan imej untuk tempuh hidup baru|author=Sani Ali|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=4 Mei 1986|accessdate=19 Januari 2019|page=8}}</ref> beliau dihadapkan di sebuah mahkamah majistret di [[Kuching]], [[Sarawak]] dan ditahan selama seminggu untuk menjalani pemeriksaan dadah berikutan dengan penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.<ref>{{cite news|title=Jamal Abdillah dihadapkan ke mahkamah kerana dadah|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=10 Oktober 1984|page=1}}</ref> Beliau kemudian dibebaskan dari Pusat Pemulihan Dadah, lapan bulan lebih awal daripada jangka masa pemulihan yang sepatutnya dijalaninya. Sebuah jawatankuasa pemilihan mendapati bahawa Jamal telah pulih sepenuhnya dan membenarkannya dibebaskan.<ref>{{cite news|title=Jamal Abdillah bebas|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=13 Februari 1986|page=1}}</ref>
 
Setahun kemudian, pada tahun 1985, beliau mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan akan keluar dari WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi. Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin kerjaya beliau sebagai penyanyi.
 
Namun, kontroversi sekali lagi menghimpit beliau apabila beliau didakwa di Mahkamah Syarlah Ipoh atas tuduhan berkhalwat pada November 1986. Jamal ditangkap bersama kakak angkatnya di sebuah kawasan perumahan.<ref>{{cite news|title=Jamal Abdillah hadapi dakwaan berkhalwat|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=7 Januari 1987|page=1}}</ref>
 
Pada Mac 1996, Jamal dikenakan hukuman denda RM4OO,000 atas pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, Susana Sapawi pada Januari tahun yang sama.
 
==Rujukan==