Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Sekali lagi Jamal menunjukkan mutu lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem ''[[Sejati (filem)|Sejati]]'' (1991) arahan Norhan Mahmood dengan memegang watak sebagai Bani, seorang lepasan universiti telah tercedera dalam satu perlumbaan motosikal haram. Seterusnya, beliau berlakon bersama [[Sofia Jane]] dalam filem ''[[Kekasih Awal Dan Akhir (filem)|Kekasih Awal dan Akhir]]'' (1993) arahan [[Zulkifli M. Osman]] dengan melakonkan watak sebagai Yusman. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.
 
Pada 10 Jun 1994, album studionya ke-11, ''[[Penghujung Rindu]]'' telah dikeluarkan, diikuti oleh album ''[[Suratan Kasih (album)|Suratan Kasih]]'' yang dikeluarkan pada 17 Disember 1995. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 60,000 unit.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19960307-1.2.17.1|title=Jamal bela album 'bau' M. Nasir|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=7 Mac 1996|accessdate=22 Januari 2019|page=6}}</ref> Bagaimanapun, sebahagian kecil lagu-lagu di dalam album ini tidak boleh dikeluarkan untuk siaran radio berikutan kes penahanan beliau atas kesalahan narkotik. Album ini kemudian telah dijenamakan semula sebagai ''[[Suratan Kasih (album)|Penawar Kasih]]'' dan dikeluarkan pada tahun 1997 dengan penambahan satu lagu iaitu "Penawar Kasih".<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19970302-1.2.22.6|title=Jamal muncul dengan album baru lepas digam setahun|publisher=[[Berita Harian Singapura|Berita Minggu Singapura]]|date=2 Mac 1997|accessdate=22 Januari 2019|page=11}}</ref>
 
Jamal kemudian berlakon dalam dua lagi filem, iaitu ''[[Suratan Kasih (filem)|Suratan Kasih]]'' (1996) yang kembali menggandingkannya bersama Sofia Jane dan ''[[Ghazal Untuk Rabiah (filem)|Ghazal Untuk Rabiah]]'' (1997) lakonan bersama [[Wilma Muhammad]]. Beliau turut menyumbangkan suaranya bersama [[M. Nasir]] menerusi lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19960208-1.2.15.2|title='Ghazal untuk Rabiah' semakin popular|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=8 Februari 1996|accessdate=22 Januari 2019|page=6}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19960225-1.2.22.2|title=Lagu Ghazal Untuk Rabiah: Satu penilaian ringkas|author=Rasiah Halil|publisher=[[Berita Harian Singapura|Berita Minggu Singapura]]|date=25 Februari 1996|accessdate=22 Januari 2019|page=11}}</ref> Namun begitu, boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaannya.
 
===2000-an===