Harry Potter dalam Piala Api: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 47:
Kekecohan berlaku disebabkan Fred dan George mencicirkan barangan ciptaan mereka di rumah Dursley dan menyebabkan kemarahan ibu bapa mereka (terutama sekali [[Molly Weasley]] yang sangat kecewa dengan keputusan PSB mereka dan cita-cita mereka untuk membuka kedai menjual barangan yang 'tidak berguna'). Kemudian, mereka semua sekeluarga (semua [[Keluarga Weasley]], Harry dan [[Hermione Granger|Hermione]] makan malam bersama di halaman dan menghabiskan waktu itu dengan sangat menarik dengan perbualan dan sakat yang sudah tentu dari Fred dan George sendiri.
 
Pagi-pagi lagi Harry dikejutkan bersama-sama Ron, Hermione, [[Ginny Weasley|Ginny]], [[Fred dan George WealeyWeasley|Fred dan George]]. Mereka bersarapan awal dan harus mengikut [[Arthur Weasley|Encik Weasley]] untuk ke kawasan perkhemahan memandangkan mereka perlu berjalan sedikit dan tidak seperti [[Percy Weasley|Percy]], [[Keluarga Weasley#Bill Weasley|Bill]] dan [[Keluarga Weasley#Charlie Weasley|Charlie]] yang boleh melakukan Muncul Tiba-tiba kerana mereka sudah mempunyai lesen. Mereka bertolak dari rumah ke Bukit Stoathead lalu berjumpa dengan Amos Diggory dan anak lelakinya, [[Cedric Diggory|Cedric]] dan bersama-sama menggunakan [[Objek Sihir Harry Potter#Pintu Gerbang|pintu gerbang]] (yang dijampi pada sebiji kasut buruk) untuk ke kawasan perkhemahan mereka.
 
Di tapak perkhemahan, segalanya agak berjalan lancar melainkan pertembungan budaya dan cara ketika semua ahli sihir ingin berkelakuan seperti Muggle dan adakala mereka terlalu mendedahkan yang mereka adalah ahli sihir. Hal ini merisaukan pihak kementerian yang berusaha mengelakkan Muggle tahu akan kedatangan ahli sihir. Ketika itu, Harry dan yang lain terjumpa ramai ahli sihir yang pelbagai dari serata dunia dan tidak kurang juga kenalan mereka dari sekolah. Dalam kesibukan, Encik Ludo Bagman dan [[Barty Crouch]] sempat menyinggah khemah mereka sebelum mereka padang perlawanan malam itu.
Baris 66:
Kemudian, pengetua, [[Albus Dumbledore|Profesor Dumbledore]] mengumumkan yang pada tahun itu, Hogwarts telah terpilih untuk menganjurkan Kejohanan Ahli Sihir Trio yang berprestij dalam dunia sihir. Walau bagaimanapun, ianya menjadi halangan buat Harry kerana pelajar di bawah umur 17 tahun tidak dibenarkan mencalonkan nama untuk bertanding.
 
Pada bab ini, ceritanya mendedahkan hariHari-hari pertama persekolahan pada tahun keempat Harry pun bermula. Dari kelas [[Mata pelajaran Hogwarts#Herbologi|Herbologi]] yang pelu belajar mengumpulkan nanah Ubi Bubo hinggalah ke [[Mata pelajaran Hogwarts#Peramalan|Peramalan]]. Walau bagaimanapun, mereka kagum mendengar kebolehan Moody dalam melawan Ilmu Hitam di kelas [[Mata pelajaran Hogwarts#Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam|Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam]] sehingga mereka tidak sabar-sabar untuk masuk ke kelasnya. Tetapi, jauh dari sangkaan apabila mereka melihat suatu yang dilakukan oleh Moody yang melucukan hati mereka.
 
Kelas [[Mata pelajaran Hogwarts#Posyen|Posyen]] mereka tidak begitu menggembirakan seperti selalu. Bab ini mendedahkan bagaimana [[Alastor Moody|Profesor Moody]] mula mengajar [[Harry Potter|Harry]] akan [[Mata pelajaran Hogwarts#Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam|Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam]] yang mana mereka menyentuh tentang bab [[Sumpahan yang Tidak Terampun]] iaitu sumpahan yang akan menghantar sesiapa yang melakukannya ke [[Azkaban]]. Pengajaran Moody tentang bab sumpahan ini mengagumkan tetapi tetap menakutkan malah ianya mengembalikan kenangan pahit cerita-cerita ketika kekuasaan [[Lord Voldemort|Voldemort]].
Baris 105:
Selepas jamuan, tarian dimulakan oleh para wira bersama pasangan mereka. Walau bagaimanapun, mood Harry terganggu apabila Ron (yang baru menyedari Hermione berpasangan dengan Krum) bertengkar dengan Hermione. Mereka keluar dari dewan dan terserempak [[Severus Snape|Profesor Snape]] bersama [[Igor Karkaroff]]. Kemudian mereka turut terserempak dengan [[Rubeus Hagrid|Hagrid]] bersama [[Olympe Maxime|Puan Maxime]].
 
Selepas tamat cuti [[Krismas]], penggal baru dimulakan. Walau bagaimanapun, dalam kelas [[Mata pelajaran Hogwarts#Penjagaan Makhluk Ajaib|Penjagaan Makhluk Ajaib]], Hagrid tidak kelihatan mengajar tetapi Profesor Grubbly-Planck yang menggantikan tempatnya. Walaupun kelas Profesor Grubbly-Planck lebih menarik dan selamat, Harry tetap ingin mencari Hagrid. Punca kehilangan Hagrid diketahui selepas Harry, Ron, [[Seamus Finnigan|Seamus]], [[Dean Thomas|Dean]] dan [[Neville Longbottom|Neville]] membaca artikel akhbar yang ditulis oleh [[Rita Skeeter]]. Rita menulis tentang Hagrid yang berketurunan separa gergasi dan itu memalukan Hagrid.
 
Di kedai minum Tiga Penyapu di Hogsmeade, Harry, Ron dan Hermione terjumpa dengan Rita Skeeter lalu Hermione memarahi Rita kerana artikel yang menghina Hagrid. Selepas itu, mereka menuju ke rumah Hagrid untuk memujuknya. Di sana, [[Albus Dumbledore|Profesor Dumbledore]] telahpun berada di sana untuk niat yang sama. Akhirnya, Hagrid memutuskan untuk tidak mengendahkan artikel Rita.