Harry Potter dalam Piala Api: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 146:
Serangan bertubi-tubi keluar dari tongkat sakti mereka sambil disaksikan oleh ramai Death Eater di tepi mereka. Pada suatu ketika ketika mereka melakukan sihir serentak, terdapat satu jalinan terbentuk di antara mereka berdua dan tongkat sihir Voldemort mula mengeluarkan jelmaan sihir yang pernah dilakukan termasuk jelmaan orang yang pernah dibunuhnya. Jelmaan tersebut membantu Harry melepaskan diri dari Voldemort dan pulang ke [[Hogwarts]] bersama jasad Cedric.
 
===Kesan===
Kini Harry telah kembali ke perkarangan Hogwarts dan seluruh sekolah terkejut dengan kematian Cedric. Dalam kekecohan itu, [[Alastor Moody|Profesor Moody]] mengheret [[Harry Potter (watak)|Harry]] ke dalam sekolah lalu terus ke pejabatnya. Mad-Eye bertanyakan tentang apa yang telah terjadi dan Harry dengan berat hati dan sakit menerangkan kepadanya.
 
Baris 153:
Setelah mengetahui kebenaran di sebalik apa yang berlaku sepanjang tahun tersebut, kini Dumbledore pula ingin mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi di kawasan perkuburan itu. Dia juga menerangkan kepada Harry (dan Sirius yang turut berada di situ) tentang jalinan yang terbentuk di antara tongkat sakti Voldemort dan Harry.
 
Selepas itu, Harry diarahkan untuk tidur di hospital. Walau bagaimanapun, tidurnya terganggu apabila [[Cornelius Fudge]] bertengking dengan Profesor McGonagall dan Snape. Dia menafikan akan Voldemort telah kembali malah telah membiarkan [[Dementor]] mencium Barty Crouch Jr. Walaupun diyakinkan oleh Harry dan Dumbledore, dia tetap tidak menerima hakikat yang Voldemort telah kembali. Kini, Fudge bermusuhan dengan pihak sekolah dan terutama sekali Dumbledore.
 
Harry menemui ibu bapa Cedric untuk menyerahkan duit kemenangan tetapi telah ditolak oleh mereka. Harry juga menyedari Dumbledore telahpun memulakan rancangannya. Jamuan Perpisahan pula diadakan serentak dengan upacara memperingati [[Cedric Diggory]]. Dumbledore memberikan ucapan tentang Cedric dan pernyataan yang mengejutkan semua orang iaitu Voldemort telah kembali.
 
Akhirnya delegasi sekolah lain pulang dan ketika dalam perjalanan pulang di dalam gerabak kereta api, Hermione telahpun menyelesaikan misteri bagaimana [[Rita Skeeter]] mendapatkan segala sumber untuk dijadikannya fitnah dalam akhbar. Wang ganjaran yang diperoleh Harry hasil kemenangannya telah diberikan kepada [[Fred dan George Weasley]] disebabkan rasa kurang enak untuk memilikinya kerana kemenangan bukan berpihak kepadanya seorang. Kini, Harry pulang semula ke rumah Dursley untuk cuti musim panas yang panjang.
 
===Tajuk bab===