Hospital Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 51:
Pada tahun 1950 Dr. R. E. Anderson telah mengambil alih tempat Dr. Issac sebagai CMO. Beliau memulakan perancangan pembangunan hospital baru. Satu bangunan Asrama Jururawat didirikan dimana terletaknya klinik Perbidanan dan Sakit Puan sekarang (O&G). Beliau juga yang menghapuskan "European Ward". Di dalam era 50an perkhidmatan dipertingkatkan, perkhidmatan perawatan pergigian diadakan dan dirasmikan oleh Al-Marhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultn Ibrahim. Ekoran daripada [[penyakit Batuk Kering|penyakit batuk kering (TIBI)]] meningkat, pada tahun 1958 pembinaan Wad TB dimulakan dan telah dirasmikan pada 5 Jun 1961 bersamaan 21 Zulhijjah 1380 oleh Al-Marhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.
 
Hospital Kota Bharu di alaf ini, terus mengorak langkah menuju kecemerlangan dibawah teraju para pengarah yang berwibawa, bermula dari Dato' Dr. Abd. Razak Bin Hj. Kechik, diikuti oleh Dr. Hussin b. Othman, Dr. Mary Abraham dan seterusnya Datin Dr. Hjh Aesah @ Zaharah bt. Hj. Awang, Dr. Mohamad bin Ismail, Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan dan sekarang, Dato' Dr. Hjh Selasawati binti Hj Ghazali dan sekarang Dato' Dr. Abdul Haris bin Muhammad.
 
Dibawah kepimpinan mereka, Hospital Kota Bharu terus bergerak meniti kejayaan demi kejayaan sehingga pada 2002 Hospital Kota Bharu berjaya menerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Awam) dan Anugerah Khas KKM sempena hari kualiti. Kejayaan Hospital Kota Bharu terukir, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah menempa nama di peringkat Antarabangsa dimana pada tahun 2004 Kota Bharu telah memperolehi pensijilan CONFRAC oleh Negara Perancis dan Persijilan BS EN ISO 9001 : 2000 (UKAS) oleh United Kingdom. Sesungguhnya sejarah Hospital Kota Bharu yang sentiasa cemerlang sejak dulu lagi meletakkannya sebagai institusi yang gemilang dan terbilang sehingga kini. Justeru itu amat wajarlah kiranya hospital ini diiktiraf dengan namanya yang baru iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 5 September 2005. Ia dinamakan sempena [[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra]].