Spin (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AyyanD (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
AyyanD (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
Sebelum tertubuhnya band yang bernama Spin ini, ahli band asal terdiri daripada Norazren Kamil ('''Azren'''), Aidelah Ahmad ('''Aidel'''), '''Amir''' dan '''Ali''' telah lama mengadakan persembahan di majlis kenduri kahwin sekitar [[Muar]], [[Johor]] dan mereka mula aktif dalam bidang ini sejak umur mereka 15 tahun lagi.
 
Spin telah ditubuhkan pada 1998 oleh golongan remaja di usia yang muda secara peringkat permulaan malah ia terdiri daripada 2 kategori anggota kumpulan yang asal sebelum ia dikenali, dan ketika itu artis berkumpulan ini telah berada di bawah naungan studio rakaman iaitu [[Fantasia Music City]]. Dalam pada itu, kumpulan Spin ini terdiri daripada '''[[Achik Spin|Achik]]''' yang berasal dari [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]] selaku teraju asal dan vokalis utama yang mengetuai kumpulan ini, manakala anggota Spin iaitu Aidel bermain di posisi gitaris, Azren selaku pemain gitar bass, manakala Ali sebagai pemain drum yang bergiat aktif sehingga tamat pada 2001. Mereka mula dikenali pada 1998 malah lagu yang cukup popular pada masa itu ialah dengan munculnya single pertama yang berjudul '''Dekat Disayang Jauh Dikenang''' ciptaan sepenuhnya oleh komposer '''Patrick Kamis''', manakala mereka muncul dengan single kedua iaitu '''Mengusung Rindu''', termasuklah single ketiga yang dimuatkan album pertama yang bertajuk [[Roda Roda Rindu]] iaitu lagu balada yang berjudul '''Insan Ku Sayang Kini Menghilang'''.
 
Selepas pengunduran mereka pada tahun 2001, anggota kumpulan Spin yang baru telah dibentuk iaitu mengekalkan '''[[Achik Spin|Achik]]''' yang berasal dari [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]] sebagai vokalis asal, manakala kemasukan anggota baru yang menjadi teraju utama bagi meneruskan perjuangan Spin, iaitu '''Ayie''' dijadikan selaku gitaris baru, '''Talhar''' atau '''Tal''' sebagai pemain dram serta '''Raymie''' sebagai pemain gitar bes yang baru bagi kumpulan Spin.
Kumpulan ini akhirnya telah membawa perubahan baru bagi industri muzik dan juga merupakan artis yang berprestij berjaya mencipta nama sejarah bagi dunia seni pada tahun 2003.
Selain itu, mereka terdahulunya telah muncul dengan album ketiga Spin iaitu '''[[Spin 3 Demi]]''' yang membawa lagu pop seperti '''Hadirlah Mustika''', yang cukup sinonim dengan liriknya yang rancak dan juga pernah dicalonkan dalam rancangan realiti popular TV3, iaitu Muzik-Muzik 18 pada 2003.