Indeks harga pengguna: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Indeks Harga Pengguna''' atau '''IHP''' ([[bahasa Inggeris]]: Consumer Price Index) mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi "bakul" tetap barangan dan perkhidmatan yang mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. "Bakul" ini merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang seakan-akan sama atau tidak berubah, mengandungi item yang berada lama atau boleh diukur secara berterusan di pasaran berbanding dengan masa. Perubahan harga barangan yang berlaku dalam bakul ini adalah disebabkan oleh perubahan harga yang sebenarnya sahaja, iaitu perubahan harga ini tidak berkaitan langsung dengan perubahan pada kuantiti atau kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.
 
IHP merupakan satu dari indeks harga yang dikira oleh agensi statistik kebangsaan. Perubahan IHP digunakan untuk mengukur kadar [[inflasi]]. IHP juga diambil kira ketika mengkaji semula gaji pencen dan sebagainya. IHP adalah satu dari statistik kebangsaan yang sentiasa dipantau.