Indeks harga pengguna: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
* Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan
 
== Pengiraan IHP ==
Proses pengiraan IHP merupakan satu proses yang rumit kerana bakul pengguna mengandungi banyak barang. Terdapat tiga langkah utama dalam pengiraan IHP :
# Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun asas.
# Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun semasa.
# Mengira IHP bagi tahun asas dan tahun semasa.
 
Harga yang digunakan dalam pengiraan IHP adalah harga runcit tanpa mengambil kira samada ia dinyatakan sebagai harga biasa atau harga istimewa termasuk juga semua cukai jualan dan cukai eksais yang dikenakan ke atas komoditi tertentu. Harga-harga ini dipungut pada tempoh masa yang ditetapkan. Di Malaysia, pungutan ini dilaksanakan setiap bulan bagi kesemua item kecuali bagi barangan makanan mudah rosak yang dipungut setiap minggu. Pengecualian diberikan kepada sewa rumah yang dipungut pada setiap suku tahun.
===Asas masa===
IHP bagi Malaysia dinyatakan dalam tahun asas 2005=100 yang mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2006. Bakul barangan dan perkhidmatan dan juga tempoh asas bagi IHP dikemaskini setiap 5 tahun dengan mengambil kira perubahan dalam corak perbelanjaan isi rumah.
 
===Kadar perubahan===
Contoh berikut menunjukkan cara mengira perubahan mata indeks dan perubahan peratus.
 
::Indeks harga pengguna - indeks harga pengguna sebelumnya = Perubahan mata indeks
::contohnya, 125.4 - 124.3 = 1.1
 
::Perubahan mata indeks / indeks sebelumnya x seratus = Perubahan peratus
::contohnya, (125.4 - 124.3)/124.3 * 100 = 0.9%
 
== Rujukan ==