Lundang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Long Muhammad (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Long Muhammad (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 154:
Raja Muda Tuan Kundur ini tidak lain ialah kekanda sulung seibu sebapa kepada Sultan Haji Yunus Raja Patani, manakala sebagai adinda sebapa pula kepada [[Long Sulaiman bin Long Bahar|Long Sulaiman]], Raja Kelantan 1734-1756. Raja Muda Tuan Kundur menjadi Raja di Kota Sening pada tahun 1721 mengambil tempat ayahandanya Tuan Besar Long Bahar hinggalah membawa kepada mangkat pada tahun 1734. Manakala ayahandanya pula iaitu Tuan Besar [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] telah berpindah bersemayam di Kota Jembal, tempat mertuanya Almarhum [[Sultan Umar bin Raja Sakti|Sultan Umar]] dahulu.
 
Sewaktu mula-mula [[Long Yunus]] putera kepada [[Long Sulaiman bin Long Bahar|Long Sulaiman]] memerintah Kelantan, baginda telah melantik Mandur Mis, sepupundanya ini sebagai Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa iaitu salah satu jawatan tertinggi dalam hieraki tradisional pada waktu itu yang boleh disama tarafkan dengan sistem pembesar berempat di Negeri melayu barat. Selain jawatan perdana menteri yang disandang oleh Long Gafar bergelar Engku Seri Maharaja Perdana Menteri., Duadua tokoh lagi yang menganggotai pembesar tertinggi ini adalah Penghulu Adas sebagai Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan Raja Langsuring sebagai Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam.
 
Mandur Mis yang memerintah Kampung Lundang selama 28 tahun ini kemudian mangkat pada tahun 1790. Tempatnya sebagai Raja Lundang telah disandang oleh puteranya bernama Tuan Lebar. Namun tidak lama kemudian, pada tahun 1801, Tuan Lebar telah dilantik pula menjadi pembesar tertinggi negeri oleh Sultan Muhammad - I sebagai panglima perang. Pada zaman Sultan Muhammad I ini, baginda telah menubuhkan tujuh jawatan terpenting iaitu pembesar tertinggi dengan kedudukan tarafnya adalah dinombor dua selepas Sultan, salah satunya adalah termasuk jawatan panglima perang inilah dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang<ref>lihat ([[Corak Pemerintahan Kelantan lampau]])</ref> serta telah dianugrah pula untuk berkuasa memerintah di kawasan bermula dari sungai Kampong Wakaf Stan di sebelah timur hingga ke Sungai Kampung Sireh di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lundang di selatan hingga ke Paya Rambai di sebelah utara. Kawasan - kawasan ini, disebabkan pusat pemerintahannya berpusat di Kampung Lundang, maka kawasan ini kemudian terkenal dan masyhur dengan nama daerah Lundang.