Zam Zam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 36:
 
Pada masa kini, sehingga 2008, Zam Zam menetap di [[Singapura]].
 
==Meninggal dunia==
Zam Zam telah meninggal dunia pada 7.20 malam, 24 Disember 2021 di usia 74 tahun.
 
Allahyarham Zam Zam amat dikenali dengan lagunya '''Bibir Mesra Jiwa Parah''' dan lagu-lagu beliau sering dikeudarakan stesen radio [[Singapura]], [[Malaysia]] dan [[Brunei]].
 
Salah seorang anaknya, Encik Nurazikin, 39 tahun berkata Allahyarham rebah akibat jantung terhenti (cardiac arrest) ketika menonton televisyen di rumah pada 8 Disember lalu.
 
Beliau dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan berada dalam keadaan koma hingga minggu lalu apabila beliau dikeluarkan daripada sistem sokongan hidup dan dimasukkan ke wad biasa.
 
Bagaimanapun Allahyarham kemudian mengalami jangkitan paru-paru dan kesihatannya kembali merosot.
 
Pada mulanya kami lihat keadaannya agak baik, hinggalah jangkitan bermula. Doktor kata mereka sudah beri ubat yang paling kuat dan jika ia tidak berkesan, tak banyak yang dapat dilakukan lagi," kata Encik Nurazikin, anak kedua Allahyarham.
 
Allahyarham, yang pernah mengalami serangan jantung sekitar lima tahun lalu, meninggalkan seorang balu, tiga anak, dua menantu dan dua cucu.
 
Antara lagu-lagu Allahyarham Zam Zam termasuk:
Usah Harta Jadi Rebutan; Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa; Senandung Teruna Merantau; Ganas Sa Tahun; Gema Kaseh ku; Hilang Budi Dek Nafsu; Kembali; Panas Setahun Hujan Sehari dan banyak lagi.
 
Jenazah Allahyarham Zam Zam akan dikebumikan di Pusara Abadi, [[Singapura]].
 
==Rujukan==