Peleraian paparan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 6:
 
Diingatkan bahawa penggunaan ''peleraian'' dalam konteks ini agak mengelirukan. Istilah "peleraian paparan" ini memaksudkan ''dimensi piksel'' (cth., 1280×1024), yang tidak menyatakan apa-apa mengenai leraian paparan yang sebenarnya terbentuk dari imej (yang lazimnya diberi dalam bacaan [[piksel per inci]] (digital) atau bilangan baris yang diukur secara mengufuk, per ketinggian gambar (analog)).
 
==Am==
Sistem [[televisyen analog]] menggunakan pengimbasan selang-seli iaitu dua imbasan berjujukan sekali (50 atau 60 medan sesaat), iaitu satu bergaris nombor ganjil diikuti imbasan garis nombor genap, untuk menghasilkan gambar lengkap (25 atau 30 bingkai sesaat). Ini dilakukan untuk menjimat lebar jalur pemancaran tetapi kesannya leraian menegak sepenuhnya tidak boleh dicapai dalam paparan tiub gambar (CRT). Contohnya, butiran maksimum di arah menegak memerlukan garis-garis bersebelahan hitam bersilih ganti putih. Bagi paparan progresif tidak timbul masalah ini, tetapi untuk paparan selang-seli, jika kadar gambar yang lebih perlahan menyebabkan kerlipan yang memedih mata. Inilah sebab imbasan selang-seli kurang sesuai untuk butiran halus seperti pada pemprosesan kata atau hamparan elektronik komputer. Bagi televisyen, ertinya jika gambar dimaksudkan untuk paparan selang-seli, gambar itu perlu dituras secara menegak untuk menanggalkan kerlipan ini dengan pengurangan leraian menegak. Mengikut [[faktor Kell]], pengurangan ini adalah hingga kira-kira 85%, agar paparan selang-seli [[PAL]] 576 garis PAL cuma ada leraian menegak 480 garis, sementara paparan selang-seli [[NTSC]] 486 garis cuma ada leraian menegak kira-kira 410 garis. Begitu juga, video digital berselang-seli [[1080i]] perlu dituras menjadi kira-kira 910 garis bagi paparan selang seli, namun paparan piksel malar (seperti LCD) boleh membetulkan ketidaktepatan imbasan, oleh itu boleh mencapai faktor Kell setinggi 95% atau 1020 garis.
 
Paparan tatasusunan piksel malar seperti LCD, plasma, DLP, LCoS, dsb. memerlukan pemproses "penskalaan" dengan ingatan bingkai yang, bergantung pada sistem pemprosesan, menukarkan gambar selang seli yang masuk menjadi gambar progresif secara cekap. Proses yang serupa berlaku dalam PC dan paparannya dengan video selang seli (cth. dari kad penala TV). Namun, kelemahannya ialah artifak pergerakan selang seli amat sukar dihapuskan, mengakibatkan sisi mengufuk "bergerigi" pada objek bergerak.
 
Dalam paparan gambar bersambungan analog seperti set TV CRT juga, garis imbas mengufuk tidak terbahagi kepada piksel, maka leraian mengufuknya berhubung kait dengan [[Lebar jalur (pemprosesan isyarat)|lebar jalur]] [[Luminans (video)|luminans]] dan isyarat kroma. Bagi televisyen, lebar jalur analog untuk luminans dalam definisi biasa terdapat dari 3 MHz (lebih kurang 330 garis tepi demi tepi; [[VHS]]) ke 4.2 MHz (440 garis; TV analog langsung) hingga 7 MHz (660 garis; DVD). Dalam definisi tinggi pula lebar jalurnya 37 MHz ([[720p]]/[[1080i]]) atau 74 MHz ([[1080p]]/60).
 
==Piawaian terkini==