Hamzah Hussin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k kategori
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Hamzah Hussin''' lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan bekas Pegawai Perhubungan di [[Cathay-Keris Film Productions|Cathay Keris]]. Pembabitannya dalam bidang perfileman ini menjadikannya sebagai orang yang berpengetahuan luas dan bermula sebelum beliau menyertai Cathay Keris lagi.
 
Pada awalnya Hamzah Hussin merupakan [[penulis]] dalam pelbagai majalah seperti Filem Malaya, Puteri Melayu, Bulan Melayu, [[Utusan Melayu]], [[Utusan Zaman]] dan [[Majalah Mustika|Mustika]]. Beliau turut menjadi sidang pengarang majalah Mingguan Hiburan, [[Majalah Mutiara|Mutiara]], Belia, Fashion, [[Majalah Arena Filem|Arena Filem]], [[Majalah Hiburan Filem|Hiburan Filem]] dan Hiburan Cerita, selain akhbar Melayu Raya dan Mingguan Raya. Hamzah Hussin turut aktif menulis novel antara 1950-1960. Antara novel karyanya ialah Tarikh Berlari Liar, Di Mana Terbitnya Matahari, Rumah Itu Duniaku, Pemburu Kembali Ke Rumah, Samseng dan Rumah Kosong. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas ASAS50, Angkatan Penulis Melayu Baru dan pernah menjadi wakil kedua-dua persatuan itu dalam Kongres Persuratan Melayu.
 
Hamzah Hussin kemudiannya menyertai [[Cathay-Keris Film Productions|Cathay Keris]] pada tahun [[1954]] sebagai Pegawai Penerangan, Penulis Skrip dan Pengeluar Bersekutu. Pada 1958, beliau terbabit dalam menerbitkan [[filem Mahsuri]], yang skripnya ditulis oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dan dibeli oleh Cathay Keris dengan harga RM10,000. Hamzah Hussin bertindak sebagai penulis lakon layar filem itu. Menurutnya, Tunku sangat teliti dalam pembikinan filem Mahsuri. Katanya lagi, dalam lawatan ke [[Singapura]], Tunku menggesekkan [[biola]] memainkan lagu Bunga Tanjung dan Ala Canggung.
 
Lagu yang sudah dirakamkan itu diserahkan kepada Zubir Said untuk disusun sebagai lagu filem yang dimestikan mengisi filem Mahsuri. Pada awal tahun 60-an, Pak Hamzah bersama L Krishnan menyembunyikan diri untuk menulis skrip filem Orang Minyak. Ini kerana pada waktu itu Shaw Brothers juga merancang menghasilkan [[filem Sumpah Orang Minyak]] arahan [[P. Ramlee]]. Bagaimanapun menurut beliau, P Ramlee keberatan mengarahkan filem itu tetapi terpaksa juga buat atas arahan majikannya. Filem Orang Minyak terbitan Cathay Keris ketika dalam proses penggambaran menggunakan judul Lena, sebagai strategi pemasaran. Itulah antara pengalaman yang dimuatkan dalam buku Memoir Hamzah Hussin - Dari Keris Film ke Studio Merdeka terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pak Hamzah juga dikenali sebagai penulis dan novelis.
 
Beliau juga orang kuat di Harmy Press dan Royal Press - dua penerbit aktif di Singapura pada waktu itu. Selepas meninggalkan ASAS50 yang diasaskan bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, Asraf, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan `seni untuk seni'. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau juga memegang jawatan Pegawai Penerangan Cathay Keris selama 17 tahun.