Turbin kipas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Laman baru: thumb|300px|right| Skematik diagram menunjukan enjin turbofan bersaluran tinggi [[Image:Turbofan operation lbp.svg|thumb|300px|right| Skematik diagram me...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:33, 24 Jun 2008

Turbofan adalah sejenis enjin jet, lebih kurang menyamai konsep turbojet. Turbofan biasanya terdiri dari kipas penyalur dengan enjin turbojet berukur lilit kecil dipasang dibahagian belakang untuk mengerakkan kipas. Sebahagian dari aliran udara dari kipas penyalur akan melalui turbojet di mana ia akan digunakan untuk proses pembakaran untuk mengerakkan kipas, akan tetapi sebahagian lagi, kebiasaannya majoriti, akan mengalir melalui saluran pintasan, dan ini akan menghasilkan lebih kuasa tujahan dengan cekap.[1]

Skematik diagram menunjukan enjin turbofan bersaluran tinggi
Skematik diagram menunjukan enjin turbofan bersaluran rendah

Beberapa reka bentuk turbofan mungkin sedikit berbeza. Ia mempunyai bilah-bilah kipas tambahan berpusar yang dipasang dari dasar unit turbin tekanan rendah.

Turbofan memiliki kelajuan ekzos bersih kurang daripada enjin turbojet. Ini menjadikan ia lebih cekap di kelajuan subsonik berbanding dengan enjin turbojet, yang mana enjin turbojet adalah lebih cekap pada kelajuan supersonik.

Kesemua enjin jet yang digunakan pada pesawat jet komersil adalah enjin turbofan. Ia digunakan secara meluas disebabkan kerana ia lebih cekap, dan lebih senyap semasa digunakan. Enjin turbofan juga banyak digunakan dalam pesawat jet tentera.

Rujukan