Agensi Kelayakan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
==Fungsi==
Akta Lembaga Akreditasi Negara pula berfungsi menentukan supaya semua kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan mencapai standard yang dapat diterima oleh norma atau konvensyen sesuatu pengajian tinggi.
 
Ahli-ahli Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dengan rasminya dilantik pada 15 Mei 1997. Lembaga ini yang diketuai oleh seorang Pengerusi / Ketua Eksekutif dan 9 orang ahli telah merangka dasar, prosedur, standard dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan kualiti kursus pengajian yang sedang dan akan ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi swasta.
 
==Sejarah dan Rasional Penubuhan==
Idea untuk menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah tercetus hasil daripada resolusi Bengkel Mengenai Penubuhan Lembaga Akreditasi Negara pada 1 Ogos 1994 yang diadakan di Hotel Merlin, Subang Jaya. Berikutan dengan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 1995 yang membincangkan cadangan reformasi pendidikan tinggi, antara lain, telah bersetuju untuk menubuhkan LAN manakala Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 April 1996 telah meluluskan secara spesifik penubuhan LAN. Seterusnya, Parlimen yang bersidang pada 8 Julai 1996 telah meluluskan Akta Lembaga Aktreditasi Negara, 1996 (Akta 556). Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Mei 1997. LAN telah dirasmikan pelancarannya oleh Y.B. Dato’ Sri Najib bin Tun Abd. Razak, Menteri Pendidikan pada 3 Julai 1997 dengan berpejabat di Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, Petaling Jaya. Rasional penubuhan LAN adalah seperti berikut:
 
Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
 
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.
 
 
===Menjamin Kualiti Pendidikan===