Miri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
batu kuda
gabung rencana
Teg: Lencongan baharu
 
Baris 1:
{{Merge|Bandar#LENCONG Miri}}[[Imej:Miri-sarawak.JPG|thumb|[[Bandar Miri]]]]
'''Miri''' ialah bandaraya di [[Bahagian Miri]], [[Sarawak]], [[Malaysia]]. Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan [[gas asli]] yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di [[bandar Miri]]. Semenjak itu, '''Daerah Miri''' terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum [[Miriek]] yang merupakan penduduk bumiputera Miri pada [[abad ke-16]]. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
 
Bandaraya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara [[Brunei]] dan [[Indonesia]]. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum [[Tionghoa|Cina]], [[Iban]], [[Melayu]], [[Melanau]], [[India]], [[Kayan]], [[Kenyah]], [[Kelabit]], [[Penan]], [[Bidayuh]], [[Kedayan]] , [[Lun Bawang|Lun Bawang/Lun Dayeh]] dan lain-lain lagi.
[[Fail:Miri International Airport.jpg|thumb|300px|Lapangan terbang Miri]]
Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar [[Miri]] semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.
 
Antara tempat yang menarik di Miri ialah [[Taman Negara Lambir]], [[Taman Negara Niah]], [[Taman Negara Mulu]] dan [[Taman Buaya]].
 
Sebelum tahun 2020, terdapat satu tarikan semula jadi di Pantai Tusan iaitu formasi batuan "batu kuda" tapi malangnya ianya roboh pada Februari 2020. [[File:Miri Batu Kuda di Pantai Tusan, Miri.png|thumb|Miri Batu Kuda di Pantai Tusan, Miri]]
==Pengajian tinggi==
===Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak===
'''Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak''' (ataupun nama asalnya dalam Bahasa Inggeris, '''Curtin University, Sarawak Campus''') adalah kampus cawangan yang pertama ditubuhkan oleh '''Curtin University of Technology, Western Australia''' di luar negara [[Australia]]. Kampus ini dibuka pada tahun 1999 secara kerjasama dengan [[Kerajaan Negeri]] Sarawak.
 
Kampus ini dibina di tapak berkeluasan 4,000 ekar, dengan sebuah tasik buatan manusia yang besar. Kampus ini telah menjadi tempat pengajian tinggi untuk pelajar tempatan dan antarabangsa.
 
==Lihat juga==
* [[Pesta Miri]]
 
==Pautan luar==
*[http://www.miricouncil.gov.my Laman web rasmi Majlis Bandaraya Miri]
*[http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18666 Koleksi peta-peta Miri]
 
{{Sarawak}}
 
[[Kategori:Tempat di Sarawak]]
 
[[en:Miri]]